NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH (30) TAHUN 2022

Ahli-ahli KOWANGAN yang dihormati, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH (30) TAHUN 2022 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh:
24hb Julai 2022 (AHAD)
Masa:
9:00 AM
Masa Pendaftaran:
8:00 AM – 9:00 AM
Tempat:
Dewan MAKSAK, Teluk Likas, KOTA KINABALU

Agenda Mesyuarat:-

  1. Kata alu-aluan Pengerusi KOWANGAN
  2. Melantik seorang Pengerusi Mesyuarat
  3. Melantik Setiausaha Sementara
  4. Pengesahan Korum
  5. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke Dua Puluh Sembilan (29)
  6. Menimbang dan menerima Laporan Lembaga Tahunan 2021
  7. Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil
  8. Menimbang dan Meluluskan Laporan Audit Dalaman 2021
  9. Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan Beraudit 2021
  10. Menimbang dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan
  11. Menimbang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan Tahun 2022/2023
  12. Menimbang dan Meluluskan Had Maksima Pinjaman Luar
  13. Menimbang dan Meluluskan Had Maksima Pelaburan Koperasi
  14. Memilih empat (4) orang anggota Lembaga KOWANGAN yang tamat tempoh mengikut giliran. Mereka adalah :
    i. Daniel Ng Chai Cheong
    ii. Puan Anthea James Jipanus
    iii. Puan Winifred Jouny
    iv. Cik Josie Mijol
  15. Meluluskan Pelantikan Panel Juruaudit Luar
  16. Melantik satu (1) jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan.
  17. Membahas usul-usul yang disampaikan kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.
  18. Menimbang dan Meluluskan Cadangan Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi.

Dokumen-Dokumen MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH (30) TAHUN 2022:
1. LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2021
2. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH (30) TAHUN 2022
3. BORANG PENCALONAN AHLI LEMBAGA PENGARAH

Dikemaskini @ 22 Julai 2022 / 4.20pm