Koperasi Kakitangan Kementerian Kewangan Sabah Berhad (KOWANGAN) telah ditubuhkan pada 20hb September 1990 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi melalui penyediaan perkhidmatan/pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- Menguruskan kantin dan katering;
- Menyediakan perkhidmatan pembersihan, lanskap dan keselamatan;
- Menjalankan aktiviti sebagai agen insurans;
- Menjalankan aktiviti pertanian yang dapat memberikan faedah kepada anggota-anggota;
- Menjalankan perkhidmatan kesihatan (wellness/fitness);
- Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;
- Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
- Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
- Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
- Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi – koperasi lain; dan
- Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.