Ahli-ahli KOWANGAN yang dihormati, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH SATU (31) TAHUN 2023 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh:
25hb Jun 2023 (AHAD)
Masa:
9:00 AM
Masa Pendaftaran:
8:00 AM – 9:00 AM
Tempat:
Dewan Serbaguna DAMAI, KOTA KINABALU
Agenda
- Kata alu-aluan Pengerusi KOWANGAN
- Melantik seorang Pengerusi Mesyuarat
- Melantik Setiausaha Sementara
- Pengesahan Korum
- Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke Tiga Puluh (30)
- Menimbang dan menerima Laporan Lembaga Tahunan 2022
- Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil
- Menimbang dan Meluluskan Laporan Audit Dalaman 2022
- Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan Beraudit 2022
- Menimbang dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan
- Menimbang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan Tahun 2023/2024
- Menimbang dan Meluluskan Had Maksima Pinjaman Luar
- Menimbang dan Meluluskan Had Maksima Pelaburan Koperasi
- Memilih empat (4) orang anggota Lembaga KOWANGAN yang tamat tempoh mengikut giliran. Mereka adalah:
- Puan Chia Pit Hah
- Puan Rufina Lee Mailap
- Puan Jenny Baranting
- Puan Nancy Majangil
- Meluluskan Pelantikan Panel Juruaudit Luar
- Melantik satu (1) jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan.
- Membahas usul-usul yang disampaikan kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.
# Mohon sediakan kad keahlian KOWANGAN / Kad Pengenalan semasa membuat pendaftaran. Elaun kehadiran hendaklah dituntut selepas selesainya Mesyuarat Agung Tahunan iaitu pada hari yang sama dan sebarang tuntutan selepas itu tidak akan dilayan. Sila layari http://kowangan.sabah.org.my untuk maklumat lanjut.
# Borang pencalonan untuk agenda perkara (14) adalah seperti yang dilampirkan dan boleh juga didapati daripada Puan Winifred Jouny melalui : 088-368821, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Tingkat 6 & 7, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 KOTA KINABALU.
# Tarikh tutup penyerahan borang tersebut ialah tepat jam 12.00 tengah hari, 16 Jun 2023.
# Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan dengan hormatnya dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat ini untuk kepentingan bersama.
Dokumen-Dokumen MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH SATU (31) TAHUN 2023:
1. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH SATU (31) TAHUN 2023
2. BORANG PENCALONAN AHLI LEMBAGA PENGARAH 2023
Dikemaskini @ 9 Jun 2023 / 6.00pm