KOWANGAN

Koperasi Kakitangan Kementerian Kewangan Sabah Berhad (KOWANGAN) telah ditubuhkan pada 20hb September 1990 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi melalui penyediaan perkhidmatan/pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  1. Menguruskan kantin dan katering;
  2. Menyediakan perkhidmatan pembersihan, lanskap dan keselamatan;
  3. Menjalankan aktiviti sebagai agen insurans;
  4. Menjalankan aktiviti pertanian yang dapat memberikan faedah kepada anggota-anggota;
  5. Menjalankan perkhidmatan kesihatan (wellness/fitness);
  6. Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;
  7. Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
  8. Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
  9. Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
  10. Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi – koperasi lain; dan
  11. Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.