NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH SATU (31) TAHUN 2023

Ahli-ahli KOWANGAN yang dihormati, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH SATU (31) TAHUN 2023 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh:
25hb Jun 2023 (AHAD)
Masa:
9:00 AM
Masa Pendaftaran:
8:00 AM – 9:00 AM
Tempat:
Dewan Serbaguna DAMAI, KOTA KINABALU

Agenda

  1. Kata alu-aluan Pengerusi KOWANGAN
  2. Melantik seorang Pengerusi Mesyuarat
  3. Melantik Setiausaha Sementara
  4. Pengesahan Korum
  5. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke Tiga Puluh (30)
  6. Menimbang dan menerima Laporan Lembaga Tahunan 2022
  7. Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil
  8. Menimbang dan Meluluskan Laporan Audit Dalaman 2022
  9. Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan Beraudit 2022
  10. Menimbang dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan
  11. Menimbang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan Tahun 2023/2024
  12. Menimbang dan Meluluskan Had Maksima Pinjaman Luar
  13. Menimbang dan Meluluskan Had Maksima Pelaburan Koperasi
  14. Memilih empat (4) orang anggota Lembaga KOWANGAN yang tamat tempoh mengikut giliran. Mereka adalah:
    • Puan Chia Pit Hah
    • Puan Rufina Lee Mailap
    • Puan Jenny Baranting
    • Puan Nancy Majangil
  15. Meluluskan Pelantikan Panel Juruaudit Luar
  16. Melantik satu (1) jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan.
  17. Membahas usul-usul yang disampaikan kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.

# Mohon sediakan kad keahlian KOWANGAN / Kad Pengenalan semasa membuat pendaftaran. Elaun kehadiran hendaklah dituntut selepas selesainya Mesyuarat Agung Tahunan iaitu pada hari yang sama dan sebarang tuntutan selepas itu tidak akan dilayan. Sila layari http://kowangan.sabah.org.my untuk maklumat lanjut.

# Borang pencalonan untuk agenda perkara (14) adalah seperti yang dilampirkan dan boleh juga didapati daripada Puan Winifred Jouny melalui : 088-368821, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Tingkat 6 & 7, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 KOTA KINABALU.

# Tarikh tutup penyerahan borang tersebut ialah tepat jam 12.00 tengah hari, 16 Jun 2023.

# Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan dengan hormatnya dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat ini untuk kepentingan bersama.

Dokumen-Dokumen MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH SATU (31) TAHUN 2023:
1. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE TIGA PULUH SATU (31) TAHUN 2023
2. BORANG PENCALONAN AHLI LEMBAGA PENGARAH 2023

Dikemaskini @ 9 Jun 2023 / 6.00pm