Ahli-ahli KOWANGAN yang dihormati,
Dengan hormatnya saya diarah memaklumkan Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan bahawa berikutan dengan pelaksanaan kawalan rentas daerah di seluruh Sabah yang berkuat kuasa bermula 3 sehingga 16 Oktober dan juga sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 yang kian meningkat di negeri Sabah, maka barisan Ahli Lembaga KOWANGAN telah bersetuju agar Mesyuarat Agung Tahunan 2020 yang telah dijadualkan untuk diadakan pada 11 Oktober 2020 (Ahad) DITUNDA ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
Setiausaha KOWANGAN